Sinopsis Diva Popular 2

Musim sebelum ni, menyajikan kisah Erma Erika (Nabila Huda) dan Ika Natalia (Tiz Zaqyah) yang berebutkan Syazwan (Ben Amir), kali ini Engku Emran (Syafiq Kyle) pula menjadi lelaki rebutan.

Engku Emran yang begitu mencuba untuk mendekati Erma Erika ternyata tidak disenangi oleh Ika Natalia yang berterusan menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menggoda Engku Emran.

Pertelingkahan antara mereka berterusan ketika menjalani sesi penggambaran filem bersama. Ada sahaja ketidakpuasan hati antara mereka, dan konflik semakin memuncak dengan campur tangan ibu masing-masing iaitu Lola Kartika (Ogy Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Erma Fatima).